Kertas Kerja Lengkap.
Sila download dan ikut kertas kerja ini dan jangan tertinggal apa2 bahagian, sekiranya nak tambah apa2 silakan.
RANCANGAN PERNIAGAAN
Rancangan Perniagaan atau ringkasnya RP ialah sebuah dokumen bertulis yang memberi keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.
RP juga dikenali sebagai Kertas Kerja Perniagaan atau Kertas Projek.
PENTINGNYA RP DISEDIAKAN
Usahawan mampu melihat dan menilai idea atau projek perniagaan yang dicadangkan dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal.
RP dapat memberi gambaran sama ada projek yang dirancangkan usahawan berdaya maju atau tidak.
Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber perniagaan dan mengagihkannya dengan lebih baik.
Menyedarkan usahawan akan masalah yang mungkin timbul dalam melaksanakan projek.
PIHAK YANG MEMERLUKAN RP
Usahawan utk memahami projek atau perniagaan dg lebih mendalam
sebagai garis panduan menguruskan perniagan utk tujuan pelaburan atau pembiayaan
Institusi Kewangan atau Pelabur
utk menjustifikasikan permohonan agi pembiayan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan kongsi pelaburan.
Pembekal
Menyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan perniagaan ke arah mendapatkan bekalan atau bahan secara kredit.
Kakitangan
Utk memberi pendedahan kepada staf tertentu terutamanya pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan perniagaan serta peranan mereka.
Pelanggan
Utk menyakinkan pelanggan bahawa perniagaan mampu mengisi keperluan projek dengan baik dan terancang.
……………………………………………….……………………………………
Muka Surat Hadapan
Tajuk Rancangan Perniagaan
………………………………………………………………………………….
-Nama Perniagaan
-Nama Usahawan
BAHAGIAN 1
PENGENALAN
………………………………………………………………
Bhg ini perlu memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan.
jenis perniagaan yg diceburi
nama dan lokasi atau alamat perniagaan
tarikh perniagaan akan beroperasi
tren pasaran yang menjustifikasikan projek yang dirancangkan
BAHAGIAN 2
TUJUAN
………………………………………………………………..
Menyatakan dengan spesifik sebab RP disediakan.Antaranya ialah spt berikut:
Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau yg berkaitan, nyatakan amaun pembiayaan yang dipohon
Merancang perlaksanaan projek baru
Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
Menilai daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya
BAHAGIAN 3
LATARBELAKANG PERNIAGAAN
Nama Perniagaan
Alamat Perniagaan,
Alamat Surat Menyurat
No Tel
Bentuk Perniagaan – Persorangan, perkongsian atau sdn bhd
Kegiataan Utama:
Aktiviti perniagaan yang akan dijalankan terdiri daripada yang berikut:
i. Pembuatan
ii. Pembekalan
iii. Penerimaan Tempahan
iv. Peruncitan atau Jualan Langsung
v. Perkhidmatan
Tarikh dan Nombor Pendaftran
Modal Permulaan
Nama dan Alamat Pemegang Sahan Ahli Kongsi
Nama Alamat
………………………………………………………………………………..
Nama Bank – dimana akaun dibuka
Jenis Akaun Perniagaan
BAHAGIAN 4
LATARBELAKANG PEMILIK
Nama penuh
No K/P
Tarikh Lahir
Umur
Jantina
Alamat Tetap
No Telefon
Taraf Perkahwinan
Kelulusan Akademik
Kursus yang pernah dihadiri
Kemahiran
Pengalaman
Pekerjaan Sekarang
Perniagaan Lain Yang Pernah diceburi
BAHAGIAN 5
RANCANGAN ORGANISASI
Pengenalan – Memperkenalkan organisasi perniagaan dg menerangkan alamat penuh perniagaan serta melukis pelan lokasi ringkas yang menunjukkan jalan-jalan utama, bangunan-bangunan berhampiran yang utama serta tapak perniagaan.
Jelaskan juga bentuk bangunan yang dipilih iaitu dari rumah jenis rumah kedai, bangunan kilang ruang di dalam kompleks membeli belah, bengkel dan sebagainya.
Nyatakan samada premis perniagaan disewa, dibeli atau dibina. Jelaskan juga kemudahan infrastruktur yang ada seperti bekalan air, elektrik,telefon dan sebagainya.
Carta Organisasi – Lukis dan jelaskan secara ringkas organisasi perniagaan yang dirancangkan.
Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja Pentadbiran – Nyatakan nama jawatan yg wujud dlm pentadbiran perniagaan dan bilangan pekerja utk setiap jawatan berkenaan.
Huraian Tugas – nyatakan tanggungjawab utama setiap jawatan yg dinyatakan
Imbuhan, Gaji atau Ganjaran – senarai jawatan, gaji bulanan, KWSP, PERKESO
Jawatan
|
Bil
|
Gaji/Upah
|
KWSP
|
PERKESO
|
Jumlah
|
Keperluan Pejabat – perabut,kelengkapan pejabat serta bekalan pejabat
Jenis
|
Bilangan
|
Jumlah RM
|
Perbelanjaan Pentadbiran – aset tetap, perbelanjaan bulanan dan lain – lain
Perkara
|
Perbelanjaan Aset Tetap (RM)
|
Perbelanjaan Bulanan ( RM )
|
Lain – lain Perbelanjaan
( RM )
|
Aset Tetap
Perbelanjaan Bulanan
Lain- lain Belanjaan
|
BAHAGIAN 6
RANCANGAN PEMASARAN
Barangan atau Perkhidmatan yang ditawarkan
Kaitkan dengan permintaan dan keperluan pelanggan
Sasaran Pasaran
Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih.Kenalpasti dan wujudkan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen pasaran dikawasan berkenaan.
Saiz Pasaran
Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan atau kedua-duanya sekali. Ini merupakan langkah pertama dlm menganggarkan ramalan jualan.
Pesaing-pesaing Utama
Senaraikan 3 pesaing utama yang wujud dalam kawasan pasaran.Sekiranya mempunyai lebih dari 3 pesaing yang sama kuat, senaraikan seberapa yang perlu. Tuliskan alamat premis pesaing tersebut.
Kekuatan dan Kelemahan Pesaing
Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah dikenalpasti.
Bil
|
Nama & Alamat Pesaing
|
Kekuatan
|
Kelemahan
|
Syer Pasaran
Dg mengambilkira saiz pasaran, pesaing-pesang yg ada, nyatakan pembahagian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan
Ramalan Jualan
Sediakan pelunjuran jualan bulanan untuk tahun pertama dan seterusnya anggarkan ramalan jualan tahunan untuk tahun kedua dan ketiga.
BULAN JUALAN
|
Unit RM
|
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
|
Juamlah Tahun 1
|
Jumlah Tahun 2
|
Jumlah Tahun 3
|
Strategi Pemasaran
Huraikan secara ringkas tentang strategi yang akan dilaksanakan yang meliputi aspek-aspek berikut:
i.Barangan atau perkhidmatan – dalam kontek ini, nyatakan strategi yang hendak diimpelemtasikan sebagai contoh pelabelan, tarikh tamat kegunaan produk tersebut, cara pembungkusan yang menarik.
ii.Promosi – untuk meluaskan pasaran produk dan meingkatkan jualan sykt.
iii.Harga – Straategi harga samaada ianya berpatutan mengikut kumpulan sasaran dan pesaing-pesaing.
iv. Edaran – saluran agihan yang bagaimana dan tempat pengeluaran yang strategi ataupun tidak.
v. Sumber Manusia
vi. Proses
vii. Fizikal
Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja Pemasaran
Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pemasaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.
Jawatan
|
Bilangan Pekerja
|
Huraian Tugas
Nyatakan t/jawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan
Jawatan
|
Tangungjawab Utama
|
Imbuhan Balas Jasa, Gaji atau Ganjaran
Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan,
Mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerjaan termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.
Jawatan
|
Bil
|
Gaji/Upah Bulanan
|
KWSP
|
PERKESO
|
Jumlah
|
Perbelanjaan Pemasaran
Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat di dalam Rancangan Pemasaran mengikut kategori-kategori berikut:
Perbelanjaan aset tetap
Perbelanjaan bulanan
Lain-lain perbelanjaan
Perkara
|
Perbelanjaan Aset Tetap ( RM )
|
Perbelanjaan Bulanan ( RM )
|
Lain- lain Perbelanjaan ( RM )
|
Aset Tetap
Perbelanjaan Bulanan
Lain-lain Belanjaan
| |||
Jumlah
|
BAHAGIAN 7
RANCANGAN OPERASI
Proses Operasi
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran barangan, penternakan atau penyediaan perkhidmatan yang ditawarkan oelh perniagaan.
Carta Aliran Proses
Persembahkan proses operasi di dalam bentuk Carta Aliran Proses
Unit Pengeluaran atau Masa Operasi
Nyatakan hasil opeasi dalam unit produk pengeluaran atau jam operasi perkhidmatan mengikut kesesuaian projek.Anggaran pengeluaran perlu selaras dengan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
Keperluan Bahan
Senaraikan bahan mentah atau barangniaga yang diperlukan. Senarai ini perlu dilengkapkan dengan harga belian bahan berkenaan. Nyatakan juga kalau belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai. Jumlah stok simpanan boleh dinyatakan sebagai sebahagian daripada pembelian bulanan atau sebahagian daripada jumlah belian setahun.
Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja Operasi
Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pengeluaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.
Jawatan
|
Bilangan Pekerja
|
Huraian Tugas
Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan.
Jawatan
|
Tanggungjawab Utama
|
Imbuhan Balas Jasa, Gaji dan Ganjaran
Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.
Jawatan
|
Bil
|
Gaji/Upah Bulanan
|
KWSP
|
PERKESO
|
Jumlah
|
Mesin dan Peralatan
Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi perniagaan. Nyatakan sekali sumber atau pembekal mesin dan peralatan berkenaan.
Jenis
|
Nama Pembekal dan Alamat
|
Harga ( RM )
|
Bilangan
|
Jumlah Harga
|
Susunatur Ruang Operasi
Lukiskan susunatur ruang operasi perniagaan dengan menyatakan factor-faktor utama yang perlu diambilkira. Sesuaikan susunatur ruang operasi dengan keperluan perniagaan dan sertakan pelan susunatur berkenaan.
Lokasi
Jika lokasi perniagaan tidak dinyatakan dalam bhg Rancangan Organisasi, ianya perlu dinyatakan di sini. Jika pejabat pentadbiran dan kilang atau tapak operasi berada di lokasi yang berlainan, nyatakan di sini lokasi kilang atau perniagaan beroperasi.
Nyatakan juga status bangunan sama ada di sewa, dibeli siap atau dibina sendiri, serta sewa bulanannya. Jika bangunan disewa, nyatakan deposit sewa yang perlu dibayar sebelum menduduki bangunan. Nyatakan kalau ubahsuai perlu dilakukan serta kos yang terlibat.
Overhead Operasi
Overhead ini termasuklah kemudahan dan bekalan air, elektrik, gas dan sebagainya sebagai penggerak proses operasi. Adakalanya kemudahan telefon juga diambilkira, tetapi kemudahan ini mungkin lebih sesuai diambilkira dalam bahagian Rancangan Organisasi.
Perbelanjaan Operasi
Jumlahkan semua perbelanjaan yang terlibat di dalam Rancangan Operasi mengikut kategori-kategori berikut:-
Perbelanjaan Aset Tetap
Perbelanjaan Bulanan
Lain – lain perbelanjaan
Perkara
|
Perbelanjaan Aset Tetap ( RM )
|
Perbelanjaan Bulanan ( RM )
|
Lain- lain Perbelanjaan ( RM )
|
Aset Tetap
Perbelanjaan Bulanan
Lain-lain Belanjaan
| |||
Jumlah
|
BAHAGIAN 8
RANCANGAN KEWANGAN
Kos Perlaksanaan Projek
Pelaburan Aset Tetap – merujuk kp perbelanjaan harta yang diperlukan termasuk semua asset tetap yang dibeli dengan tunai, sewabeli atau pinjaman. Nyatakan harga asset tetap ini.
Modal Pusingan – Merujuk kepada keperluan jangka pendek perniagaan untuk membolehkan perniagaan beropeasi dengan licin. Modal pusingan merangkumi keperluan jangka pendek perbelanjaan organisasi, pemasaran dan operasi.
Lain – lain Perbelanjaan – merujuk kepada lain-lain perbelanjaan yang perlu dibuat untuk membolehkan perniagaan atau projek dilaksanaan. Contoh lain-lain perbelanjaan ialah seperti bayaran deposit, pendaftaran perniagaan, kursus yang perlu dihadiri dan lessen-lesen tertentu yang perlu dibayar.
Perbelanjaan Luar Jangka – Merupakan sejumlah wang tambahan yang diperuntukkan untuk melaksanakan projek atau perniagaan yang dirancangkan. Kebiasaannya, jumlah yang diperuntukkan ialah sebanyak 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan kos.
RM
| |
Perbelanjaan Aset Tetap
( Pelaburan Aset Tetap )
Perbelanjaan Bulanan
( Modal Pusingan )
Lain – lain Perbelanjaan
Belanja Luar Jangka
|
JUMLAH
SUMBER PEMBIAYAAN PROJEK
Modal Sendiri – merujuk kp semua modal usahawan dan rakan kongsi perniagaan yang disumbangkan kepada perniagaan. Modal sendiri ini meliputi wang tunai dan asset-aset lain.
Pinjaman – Pinjaman merujuk kepada pinjaman berpenggal yang dibuat dengan institusi kewangan atau pun pinjaman jangka pendek yang ditawarkan oleh pembembekal atau pihak institusi kewangan yang tertentu.
Sewabeli – Merujuk kp pembiayaan untuk pembelian asset-aset tetap perniagaan seperti kenderaan, mesin-mesin, peralatan-peralatan pejabat dan perabot. Jumlah pembiayaan kebiasaannya pada tahap maksima 80% dari nilai asset berkenaan. Bakinya perlu diserap dalam modal tunai usahawan sebagai bayaran muka pembiayaan asset tersebut.
RM
| |
Modal Sendiri
Tunai
Aset
| |
Pinjaman Bank
| |
Sewa beli
|
JADUAL – JADUAL
Bayaran Balik Pinjaman
Jumlah Pinjaman :
Kadar Faedah:
Tempoh
Kaedah:
Tahun
|
Pokok
|
Faedah
|
Jumlah Bayaran
|
Baki Pinjaman
|
1
| ||||
2
| ||||
3
| ||||
4
| ||||
5
| ||||
6
| ||||
7
| ||||
8
| ||||
9
| ||||
10
|
Bayaran Balik Sewabeli
Jenis Harta:
Harga Asal:
Bayaran Muka:
Jumlah Pembiayaan:
Kadar Faedah:
Jangkamasa:
Kaedah:
Tahun
|
Pokok
|
Faedah
|
Jumlah Bayaran
|
Baki Sewabeli
|
1
| ||||
2
| ||||
3
| ||||
4
| ||||
5
|
Susutnilai Aset Tetap
Jenis Aset
Harga Nilai Asal
Hayat Ekonomi
Nilai Skrap
Kaedah
Tahun
|
Susutnilai Tahunan
|
Susutnilai Terkumpul
|
Nilai Buku
|
1
| |||
2
| |||
3
| |||
4
|
PROFORMA PENYATA-PENYATA
Penyata aliran tunai
Anggaran Aliran Wang Tunai perlu disediakan mengikut kehendak dan syarat-syarat yang telah ditetapkan pihak institusi pemberi pinjaman. Walau bagaimanapun biasanya ia disediakan 3 tahun di mana 2 tahun dipecahkan mengikut bulan.
Anggaran Aliran Wang Tunai ini akan menunjukkan butira-butir berikut
i. Jumlah Kutipan Jualan sama ada Tunai atau Kutipan Hutang sepang tahun.
ii. Jumlah Pembayaran kepada Pembekal.
iii. Jumlah Perbelanjaan Operasi.
iv. Asas Pengiraan Kutipan Hutang dan Bayaran kepada pembekal.
v. Jumlah perbelanjaan Belian Aset Tetap.
PERKARA/TAHUN
|
1
|
2
|
3
|
ALIRAN TUNAI MASUK
| |||
Modal Tambahan
| |||
Kutipan Hutang
| |||
Pembiayaan
| |||
JUMLAH ALIRAN TUNAI MASUK
| |||
ALIRAN TUNAI KELUAR
| |||
Bayaran kepada Pembekal
Gaji
KWSP/PERKESO
Sewa Kedai
Elektrik
Air
Telefon
Penyelenggaran Pejabat
Pengangkutan & Perjalanan
Keraian
Percetakan & Alatulis
Promosi & Pengiklanan
Pos & Kourier
Belanja Pelbagai
Faedah Overdraf
Bayaran Balik Pinjaman
| |||
JUMLAH ALIRAN TUNAI KELUAR
| |||
PERBEZAAN
| |||
BAKI AWAL
| |||
BAKI AKHIR
|
Anggaran Penyata Untung Rugi
Anggaran Penyata Untung Rugi juga perlu disediakan mengikut kehendak pihak pemberi pinjaman, biasanya disediakan 3 tahun.
PERKARA/TAHUN
|
1
|
2
|
3
|
PENDAPATAN
TOLAK
Kos belian
| |||
UNTUNG KASAR
| |||
TOLAK
Belanja Operasi
GAJI
KWSP/PERKESO
Sewa Kedai
Elektrik
Air
Telefon
Penyelenggaran Pejabat
Uniform
Pengangkutan & Perjalanan
Sewa Peralatan & Mesin
Upah Pekerja Am
Percetakan & Alatulis
Belanja Pelbagai
Faedah Overdraf
Susutnilai
| |||
JUMLAH BELANJA OPERASI
| |||
UNTUNG BERSIH
| |||
UNTUNG RUGI TERKUMPUL
| |||
UNTUNG RUGI TERKUMPUL
Gaji
Bayaran Balik Pinjaman
| |||
JUMLAH ALIRAN TUNAI KELUAR
| |||
PERBEZAAN
| |||
BAKI AWAL
| |||
BAKI AKHIR
|
Penyata Untung Rugi Berakhir 31 Disember 2011
Lembaran Imbangan Pada 31 Disember 2011
RUMUSAN
Merumuskan semua perancangan yang telah dilaksanakan secara ringkas, tepat dan padat. Di sini usahawan boleh menghuraikan secara ringkas tentang daya maju projek yang dirancangkannya.
Lampiran
Memuatkan semua perkara tambahan yang perlu untuk memantapkan lagi RP. Ini termasuklah dokumen-dokumen sokongan, sebutharga pembekal, tempahan dari pelanggan, salinan lesen-lesen perniagaan dan sebagainya.



No comments:
Post a Comment