SEMUA KERTA KERJA SECARA HARD COPY DAN SOFTCOPY HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM 30HB MEI 2013 DI
58B JALAN KEINDAHAN 1, TMN SKUDAI INDAH, ( SEBELAH SMK TMN U 2 ).
Kertas Kerja Lengkap.
Sila download dan ikut kertas kerja ini dan jangan tertinggal apa2 bahagian, sekiranya nak tambah apa2 silakan.
RANCANGAN PERNIAGAAN
Rancangan Perniagaan atau ringkasnya RP ialah sebuah dokumen bertulis yang memberi keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.
RP juga dikenali sebagai Kertas Kerja Perniagaan atau Kertas Projek.
PENTINGNYA RP DISEDIAKAN
Usahawan mampu melihat dan menilai idea atau projek perniagaan yang dicadangkan dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal.
RP dapat memberi gambaran sama ada projek yang dirancangkan usahawan berdaya maju atau tidak.
Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber perniagaan dan mengagihkannya dengan lebih baik.
Menyedarkan usahawan akan masalah yang mungkin timbul dalam melaksanakan projek.
PIHAK YANG MEMERLUKAN RP
Usahawan utk memahami projek atau perniagaan dg lebih mendalam
sebagai garis panduan menguruskan perniagan utk tujuan pelaburan atau pembiayaan
Institusi Kewangan atau Pelabur
utk menjustifikasikan permohonan agi pembiayan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan kongsi pelaburan.
Pembekal
Menyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan perniagaan ke arah mendapatkan bekalan atau bahan secara kredit.
Kakitangan
Utk memberi pendedahan kepada staf tertentu terutamanya pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan perniagaan serta peranan mereka.
Pelanggan
Utk menyakinkan pelanggan bahawa perniagaan mampu mengisi keperluan projek dengan baik dan terancang.
……………………………………………….……………………………………
Muka Surat Hadapan
Tajuk Rancangan Perniagaan
………………………………………………………………………………….
-Nama Perniagaan
-Nama Usahawan
BAHAGIAN 1
PENGENALAN
………………………………………………………………
Bhg ini perlu memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan.
jenis perniagaan yg diceburi
nama dan lokasi atau alamat perniagaan
tarikh perniagaan akan beroperasi
tren pasaran yang menjustifikasikan projek yang dirancangkan
BAHAGIAN 2
TUJUAN
………………………………………………………………..
Menyatakan dengan spesifik sebab RP disediakan.Antaranya ialah spt berikut:
Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau yg berkaitan, nyatakan amaun pembiayaan yang dipohon
Merancang perlaksanaan projek baru
Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
Menilai daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya
BAHAGIAN 3
LATARBELAKANG PERNIAGAAN
Nama Perniagaan
Alamat Perniagaan,
Alamat Surat Menyurat
No Tel
Bentuk Perniagaan – Persorangan, perkongsian atau sdn bhd
Kegiataan Utama:
Aktiviti perniagaan yang akan dijalankan terdiri daripada yang berikut:
i. Pembuatan
ii. Pembekalan
iii. Penerimaan Tempahan
iv. Peruncitan atau Jualan Langsung
v. Perkhidmatan
Tarikh dan Nombor Pendaftran
Modal Permulaan
Nama dan Alamat Pemegang Sahan Ahli Kongsi
Nama Alamat
………………………………………………………………………………..
Nama Bank – dimana akaun dibuka
Jenis Akaun Perniagaan
BAHAGIAN 4
LATARBELAKANG PEMILIK
Nama penuh
No K/P
Tarikh Lahir
Umur
Jantina
Alamat Tetap
No Telefon
Taraf Perkahwinan
Kelulusan Akademik
Kursus yang pernah dihadiri
Kemahiran
Pengalaman
Pekerjaan Sekarang
Perniagaan Lain Yang Pernah diceburi
BAHAGIAN 5
RANCANGAN ORGANISASI
Pengenalan – Memperkenalkan organisasi perniagaan dg menerangkan alamat penuh perniagaan serta melukis pelan lokasi ringkas yang menunjukkan jalan-jalan utama, bangunan-bangunan berhampiran yang utama serta tapak perniagaan.
Jelaskan juga bentuk bangunan yang dipilih iaitu dari rumah jenis rumah kedai, bangunan kilang ruang di dalam kompleks membeli belah, bengkel dan sebagainya.
Nyatakan samada premis perniagaan disewa, dibeli atau dibina. Jelaskan juga kemudahan infrastruktur yang ada seperti bekalan air, elektrik,telefon dan sebagainya.
Carta Organisasi – Lukis dan jelaskan secara ringkas organisasi perniagaan yang dirancangkan.
Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja Pentadbiran – Nyatakan nama jawatan yg wujud dlm pentadbiran perniagaan dan bilangan pekerja utk setiap jawatan berkenaan.
Huraian Tugas – nyatakan tanggungjawab utama setiap jawatan yg dinyatakan
Imbuhan, Gaji atau Ganjaran – senarai jawatan, gaji bulanan, KWSP, PERKESO
Jawatan
|
Bil
|
Gaji/Upah
|
KWSP
|
PERKESO
|
Jumlah
|
Keperluan Pejabat – perabut,kelengkapan pejabat serta bekalan pejabat
Jenis
|
Bilangan
|
Jumlah RM
|
Perbelanjaan Pentadbiran – aset tetap, perbelanjaan bulanan dan lain – lain
Perkara
|
Perbelanjaan Aset Tetap (RM)
|
Perbelanjaan Bulanan ( RM )
|
Lain – lain Perbelanjaan
( RM )
|
Aset Tetap
Perbelanjaan Bulanan
Lain- lain Belanjaan
|



No comments:
Post a Comment